
Assaalamualaikum,
Sila ke Laman Web Rasmi Ustaz Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/content/view/870/72/ untuk sinopsis buku dari penulis sendiri.
Saya suka 'describe' buku ini sebagai 'wake-up call' untuk saya. Buat pertama kali, selepas lebih 30 tahun Allah 'benarkan' saya hidup dengan penuh nikmat di muka bumi ini, saya tersentak dan bertanya pada diri saya - apakah saya telah 'benar-benar' 'membenarkan' Allah? Allah berikan saya segalanya yang menggembirakan saya sebagai seorang wanita - suami yang baik, anak-anak yang cantik dan rezeki yang tidak pernah ditarik. Justeru, sebagai seorang wanita, (lebih-lebih lagi seorang muslimah), apa pula yang telah saya 'beri' kepada Allah sebagai tanda ucapan terima kasih?
Bila membaca buku ini, saya 'disedarkan' akan amanah yang Allah 'beri' seiring dengan deretan nikmat-Nya kepada saya sebagai seorang wanita muslimah. Dan sebagai pemegang amanah itu, apa pula perlu saya buat dengan hidup saya. Contohnya, saya diberi nikmat - seorang suami yang baik. Seiring dengan itu, Allah beri saya amanah supaya menjadi seorang isteri yang baik kepada suami saya yang baik itu. Macam mana pula hendak menjadi isteri yang baik? Kalau kita 'google' cara-cara menjadi isteri yang baik, memang bermacam-macam tips kita akan jumpa. Tapi saya hendak ajak semua wanita muslimah di luar sana baca buku ini. Insya Allah, akan 'berkesan' di hati sanubari, dan saya sudah merasai. :)
No comments:
Post a Comment