Tuesday, August 17, 2010

Untukmu Wanita - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman



Assaalamualaikum,

Sila ke Laman Web Rasmi Ustaz Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/content/view/870/72/ untuk sinopsis buku dari penulis sendiri.

Saya suka 'describe' buku ini sebagai 'wake-up call' untuk saya. Buat pertama kali, selepas lebih 30 tahun Allah 'benarkan' saya hidup dengan penuh nikmat di muka bumi ini, saya tersentak dan bertanya pada diri saya - apakah saya telah 'benar-benar' 'membenarkan' Allah? Allah berikan saya segalanya yang menggembirakan saya sebagai seorang wanita - suami yang baik, anak-anak yang cantik dan rezeki yang tidak pernah ditarik. Justeru, sebagai seorang wanita, (lebih-lebih lagi seorang muslimah), apa pula yang telah saya 'beri' kepada Allah sebagai tanda ucapan terima kasih?

Bila membaca buku ini, saya 'disedarkan' akan amanah yang Allah 'beri' seiring dengan deretan nikmat-Nya kepada saya sebagai seorang wanita muslimah. Dan sebagai pemegang amanah itu, apa pula perlu saya buat dengan hidup saya. Contohnya, saya diberi nikmat - seorang suami yang baik. Seiring dengan itu, Allah beri saya amanah supaya menjadi seorang isteri yang baik kepada suami saya yang baik itu. Macam mana pula hendak menjadi isteri yang baik? Kalau kita 'google' cara-cara menjadi isteri yang baik, memang bermacam-macam tips kita akan jumpa. Tapi saya hendak ajak semua wanita muslimah di luar sana baca buku ini. Insya Allah, akan 'berkesan' di hati sanubari, dan saya sudah merasai. :)

Dengan Nama ALLAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selamat Datang Ke Kedai Buku 'Online' saya, yang saya beri nama 'RAYYAN'. Sebabnya:
1. Sempena nama putera kesayangan saya - KASYFEE RAYYAN, yang saya harapkan akan menjadi seorang Mujahid Islam pada suatu hari nanti, Insya Allah.
2. Maksud 'RAYYAN' - ada dua. Yang pertama, nama pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa. Kebetulan pula saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk memulakan Kedai Buku Online saya ini dalam bulan penuh barakah, Ramadhan Al Mubarak. Yang kedua, kepuasan. Saya mengharapkan pengunjung-pengunjung Kedai Buku Online saya ini mendapat kepuasan apabila memilih, membeli dan membaca buku-buku atau bahan-bahan lain yang ada di sini.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk)." (Surah Al 'Alaq - Ayat 1).